Rabu, 09 April 2008

Karl Marx
( Tokoh Revolusioner )

“Ringkasan Biografi Pendek Dengan Penerangan Mengenai Marxsisme”

Oleh : Vladimir I. Lenin

Dari Marx, Engels, Marxism, Edisi Ketujuh (Penerbit Progress, Moskow, 1965), muka surat 13-45. Ditulis pada bulan Julai-November 1914.

Marx, Karl, dilahirkan pada 5hb Mei, 1818 (kalendar revolusioner), di bandar Trier (Prusia Rhenis). Bapanya merupakan seorang peguam, seorang Yahudi, yang pada tahun 1824 menganut Protestanisme. Keluarganya agak kaya, beradat, tetapi bukannya revolusioner. Selepas mendapat ijazah dari sebuah Gymnasium di Trier, Marx memasuki universiti, pertama sekali di Bonn dan kemudiannya di Berlin, di mana dia mempelajari perihal perundangan, dengan keutamaan dalam sejarah dan falsafah. Dia menamatkan kursus universiti pada tahun 1841, dengan tesis doktoral mengenai falsafah Epicurus. Pada masa itu, Marx merupakan seorang idealis Hegelian dalam pandangannya. Di Berlin, dia menjadi ahli bulatan ‘Hegelian Sayap Kiri’ (Bruno Bauer dan lain-lain) yang mencuba mencari kesimpulan atheistik dan revolusioner dari falsafah Hegel.
Selepas mendapat ijazah, Marx berpindah ke Bonn, dengan harapan menjadi seorang profesor. Namun, polisi reaksioner kerajaan, yang menghalang Ludwig Feuerbach daripada jatawan pengerusi pada tahun 1832, enggan membenarkannya untuk kembali ke universiti pada tahun 1826, dan pada tahun 1841 menghalang Profesor Bruno Bauer yang muda untuk berkhutbah di Bonn, memaksa Marx melepaskan idea kerjaya akademik. Pandangan Hegelian Sayap Kiri semakin menyebar di Jerman pada masa itu. Ludwig Feuerbach mulai mengkritik teologi, terutamanya selepas tahun 1836, dan berpaling kepada materialisme, yang pada tahun 1841 mendapat keutamaan dalam falsafah dia (The Essence of Christianity). Tahun 1843 menyaksikan kemunculan karya Feuerbach, Principles of the Philosophy of the Future. “Seseorang mesti mengalami sendiri kesan pembebasan” buku-buku ini, Engels kemudiannya menulis mengenai karya-karya Feuerbach tersebut. “Kami [iaitu, Hegelian Sayap Kiri, termasuk Marx] semua menjadi penganut Feuerbach dengan serta-merta.” Pada masa itu, beberapa orang borjuasi radikal di Rhineland, yang berhubungan dengan Hegelian Sayap Kiri, mengasaskan, di Cologne, akhbar pembangkang bertajuk Rheinische Zeitung (terbitan pertama dikeluarkan pada 1hb Januari 1842). Marx dan Bruno Bauer diundang untuk menjadi penyumbang utama, dan pada bulan Oktober 1842, Marx menjadi penyunting utama dan berpindah dari Bonn ke Cologne. Aliran revolusioner-demokratik akhbar tersebut menjadi semakin tertera di bawah penyuntingan Marx, dan pihak kerajaan pertama sekali menekankan penapisan dua kali dan tiga kali ganda pada akhbar tersebut, dan kemudian pada 1hb Januari 1843, mengambil keputusan untuk mengharamkannya. Marx terpaksa menyara daripada jawatan penyuntingan sebelum tarikh it, tetapi penyaraannya tidak menyelamatkan akhbar tersebut, yang menghentikan penerbitan pada bulan Mac 1843. Daripada rencana-rencana utama yang disumbangkan oleh Marx kepada Rheinische Zeitung, Engels menotakan, di samping rencana-rencana yang dinyatakan di bawah (lihat Bibliografi[i]), sesuatu rencana mengenai keadaan petani-petani yang menanam wain di Lembah Moselle.[ii] Aktiviti-aktiviti kewartawanan Marx meyakinkannya bahawa dia tidak cukup mengenali ekonomi politik, dan dia bermula mempelajarinya dengan tekun.

Pada tahun 1843, Marx mengahwini, di Kreuznach, Jenny von Westphalen, seorang kawan dari umur muda yang dia telah bertunang dengan semasa dia masih merupakan seorang pelajar. Isterinya datangnya dari keluarga bangsawan Prusia yang reaksioner, dengan abangnya menjadi Menteri Dalam Negara Prusia pada masa yang paling reaksioner – 1850-1858. Pada musim luruh tahun 1843, Marx melawat Paris untuk menerbitkan jurnal radikal di luar negara, bersama dengan Arnold Ruge (1802-1880; pengikut Hegelian Sayap Kiri; dipenjarakan dari tahun 1825-1830; seorang yang dibuang negara dari tahun 1848, dan seorang pengikut Bismarck selepas tahun 1866-1870). Hanya satu terbitan jurnal ini, Deutsch-Franzöische Jahrbücher, dikeluarkan; terbitan ditamatkan kerana kesusahan pengagihan dengan sulit di Jerman, dan kerana percanggahan dengan Ruge. Rencana-rencana Marx dalam jurnal ini menunjukkan bahawa dia sudah merupakan seorang revolusioner, yang mengajukan “kritikan tajam terhadap segala yang wujud,” dan terutamanya “kritikan oleh senjata,”[iii] dan merayu kepada rakyat jelata dan kepada proletariat.

Pada bulan September 1844, Frederich Engels melawat Paris selama beberapa hari, dan dari masa itu menjadi sahabat karib Marx. Merek berdua mengambil bahagian aktif dalam kehidupan, yang pada masa itu sedang mendidih, kumpulan-kumpulan revolusioner di Paris (yang penting pada masa itu merupakan doktrin Proudhon, yang Marx mengkritik dengan tajam dalam Poverty of Philosophy, 1847); memperjuangkan pertempuran yang nekad menentang pelbagai doktrin sosialisme borjuasi kecil, mereka menghasilkan teori dan taktik sosialisme proletariat revolusioner, atau komunisme (Marxsisme). Lihat karya-karya Marx pada masa ini, 1844-1848, dalam Bibliografi. Pada desakan berterusan Kerajaan Prusia, Marx dibuang negari dari Paris pada tahun 1845, sebagai seorang revolusioner bahaya. Dia berpindah ke Brussels. Pada musim bunga tahun 1847, Marx dan Engels menjadi ahli masyarakat propaganda rahsia yang dinamakan Liga Komunis[iv]; mereka mengambil peranan penting dalam Kongres Liga Kedua (London, November 1847), pada saranan mana mereka menghasilkan Communist Manifesto yang diraikan, dan yang muncul pada bulan Februari 1848. Dengan kejelasan dan kebijaksanaan seorang genius, karya ini menggariskan konsep dunia baru, materialisme selari, yang juga memupuk arena kehidupan sosial; dialektik, sebagai doktrin perkembangan yang paling menyeluruh dan mendalam; teori perjuangan jelas dan peranan revolusioner bersejarah-dunia proletariat – iaitu pencipta masyarakat komunis baru.

Semasa letusan Revolusi Februari 1848[v], Marx dibuang negara dari Belgium. Dia kembali ke Paris, di mana, selepas Revolusi Mac[vi], dia berpindah ke Cologne, Jerman, di mana Neue Rheinische Zeitung diterbitkan dari 1hb Jun, 1848 sehingga 19hb Jun, 1849, dengan Marx sebagai penyunting utama. Teori baru tersebut disahkan dengan baik sekali oleh aliran peristiwa-peristiwa revolusioner tahun 1848-1849, sebagaimana ia telah disahkan kemudiannya oleh kesemua gerakan proletariat dan demokratik di negara-negara di seluruh dunia. Pihak revolusi-balasan yang berjaya pertama sekali memulakan kes makhamah menentang Marx (dia didapati tidak bersalah pada 9hb Februari 1849), dan kemudiannya dia dibuang negara dari Jerman (16hb Mei 1849). Pertama sekali, Marx kembali ke Paris, dan sekali lagi dibuang negara selepas demonstrasi pada 13hb Jun, 1849[vii], dan kemudiannya dia berpindah ke London, di mana dia menetap sehingga kematiannya.

Kehidupan dia dalam buangan negara politik merupakan kesusahan yang susah, seperti penyuratan di antara Marx dan Engels (diterbitkan pada tahun 1913) jelasnya menunjukkan. Kemiskinan membebankan dengan berat Marx dan keluarganya; jika ia bukan kerana bantuan kewangan berterusan dan tanpa mengiri diri sendiri oleh Engels, Marx sudah pasti tidak dapat menghabiskan Capital bahkan juga akan dihancurkan oleh keinginan. Lebih-lebih lagi, doktrin-doktrin dan aliran-aliran sosialisme borjuasi kecil yang bermaharajela, dan sosialisme bukan proletariat secara umumnya, memaksa Marx untuk memperjuangan pertempuran berterusan dan tanpa belas kasihan dan kadang-kala untuk menentang serangan-serangan peribadi yang paling ganas dan keji (Herr Vogt[viii]). Marx, yang berdiri dengan luar biasa dari bulatan-bulatan mereka yang dibuang negara, memperkembangkan teori materialis dalam beberapa karya bersejarah (lihat Bibliografi), dengan memberikan dirinya secara umumnya kepada pelajaran ekonomi politik. Marx merevolusikan sains ini (lihat ‘Doktrin Marxsis’ di bawah) dalam karyanya, Contribution to the Critique of Political Economy (1859) dan Capital (Jilid I, 1867).

Kebangkitan semula gerakan-gerakan demokratik pada hujung tahun 1850-an dan pada tahun 1860-an memanggil semula Marx kepada aktiviti politik. Pada tahun 1864 (28hb September), Pertubuhan Pekerja Antarabangsa – Internasional Pertama yang terkenal – diasaskan di London. Marx berada di hati dan jiwa pertubuhan ini, dan merupakan pengarang Kenyataan[ix] pertamanya dan pelbagai resolusi-resolusi, deklarasi-deklarasi dan manifesto-manifesto yang lain. Dalam menyatukan gerakan pekerja dari pelbagai negara, berusaha untuk menyalur pelbagai bentuk sosialis bukan proletariat dan pra-Marxsis (Mazzini, Proudhon, Bakunin, gerakan kesatuan pekerja liberal di Britain, pergolakan Lassallean ke sayap kiri di Jerman, dan sebagainya) ke dalam aktiviti bersama dan dalam menentang teori-teori kesemua kumpulan dan sekolah tersebut, Marx menghasilkan taktik seragam bagi perjuangan proletariat oleh kelas pekerja di pelbagai negara itu. Berikutan penumbangan Komun Paris (1871) – bagi mana Marx memberikan kajian baik sekali, jelas, bijaksana, mantap dan revolusioner (The Civil War in France, 1871) – dan jurang yang disebabkan oleh Bakunin dalam Internasional, pertubuhan tersebut tidak lagi dapat wujud di Eropah. Selepas Kongres Internasional di Hague (1872), Marx menyarankan pemindahan Majlis Umum Internasional ke New York. Internasional Pertama telah memainkan peranan bersejarahnya, dan kini membuka jalan bagi zaman perkembangan gerakan pekerja yang lebih pesat di kesemua negara di dunia, zaman yang melihat gerakan tersebut membesar dalam pandangan, dan parti-parti kelas pekerja sosialis jelata di negara-negara individu dibentukkan.

Kesihatan Marx dilemahkan oleh usaha gigihnya dalam Internasional dan kerjaya teori yang lebih tekun. Dia meneruskan usaha untuk mengubahsuai ekonomi politik dan selepas penghabisan Capital, bagi mana dia mengumpul bahan-bahan baru dan mengkaji beberapa bahasa baru (Bahasa Rusia, misalnya). Namun demikian, kemerosotan kesihatan menghalang dia menghabiskan sepenuhnya Capital.

Isterinya meninggal dunia pada 2hb Disember, 1881, dan pada 14hb Mac, 1883, Marx meninggal dunia dengan damai pada kerusinya. Dia dikuburkan di sisi isterinya di Kuburan Highgate di London. Daripada anak-anak Marx, beberapa meninggal dunia pada usia muda di London, apabila keluarga mereka sedang hidup dalam keadaan melarat. Tiga anak perempuan mengahwini sosialis Inggeris dan Perancis: Eleanor Aveling, Laura Lafargue dan Jenny Longuet. Anak Jenny Longuet adalah ahli Parti Sosialis Perancis.

DOKTRIN MARXSIS

Marxsisme adalah sistem pandangan dan ajaran Marx. Marx merupakan seorang genius yang meneruskan dan mengukuhkan tiga aliran ideologi utama dari abad kesembilan-belas, seperti yang diwakili oleh tiga negara manusia yang paling maju: falsafah Jerman klasik, ekonomi politik Inggeris klasik, dan sosialisme Perancis bergabung dengan doktrin-doktrin revolusioner Perancis secara umum. Diakui malah oleh pihak penentangnya, kedalaman dan ketekunan menakjubkan pandangan Marx, yang keseluruhannya mewakili materialisme moden dan sosialisme saintifik moden, sebagai teori dan rancangan gerakan kelas pekerja di kesemua negara bertamadun di dunia, menjadikannya kemestian bagi kami memberikan garis panduan ringkas mengenai konsep dunia belum secara umum, sebelum memberikan penjelasan mengenai isi kandungan utama Marxsisme, iaitu, doktrin ekonomi Marx.

Falsafah Materialisme

Bermula dengan tahun-tahun 1844-1845, apabila pandangan-pandangannya mengambil bentuk, Marx merupakan seorang materalis dan khususnya pengikut Ludwig Feuerbach, yang kelemahan-kelemahannya Marx kemudiannya melihat hanya dalam konsep materialisme-nya yang tidak cukup mantap dan mendalam. Bagi Marx, kepentingan bersejarah dan “pembuat zaman” Feuerbach terletak dalam pemisahan dengan idealisme Hegel dan dalam laungan materialisme, yang sudah “pada abad kelapan-belas, terutamanya materialisme Perancis, bukan sahaja merupakan perjuangan menentang pertubuhan-pertubuhan politik dan menentang… agama dan teologi, tetapi juga… menentang segala metafizik” (dari segi “spekulasi mabuk” seperti yang berbeza daripada “falsafah sedar”). (The Holy Family dalam Literarischer Nachlas). “Bagi Hegel…” Marx menulis, “proses pemikiran, yang, di bawah nama ‘Idea’, dia mengubah menjadi subjek bebas, adalah demiurgos (pencipta, pewujud) dunia sebenar… Dengan saya, sebaliknya, yang sempurna adalah tidak lain daripada dunia materialis dicerminkan oleh minda manusia, dan diterjemahkan ke dalam bentuk-bentuk pemikiran” (Capital, Jilid I, Kata Pengantar kepada Edisi Kedua). Dalam aliran yang sama sepenuhnya dengan falsafah materialis Marx ini, dan mengukuhkannya, Frederick Engels menulis dalam Anti-Dühring (dibaca olh Marx dalam manuskrip): “Perpaduan dunia tidak terdiri dalam kewujudkan dunia… Perpaduan sebenat dunia terdiri dalam sifat materialis-nya, dan ini dibuktikan… oleh perkembangan falsafah dan sains semulajadi yang lama dan letih…”. “Gerakan adalah cara kewujudan jisim. Tidak pernah di mana-mana terdapatnya jisim tanpa gerakan, atau gerakan tanpa jisim, dan ia tidak dapat berlaku sebegitu… Tetapi jika… persoalan diutarakan: apakah pemikiran dan kesedaran sebenarnya, dan ia datangnya dari mana; ia menjadi jelas bahawa ianya adalah hasil otak manusia dan bahawa manusia sendiri adalah hasil Alam, yang telah berkembang dalam dan dengan alam semulajadinya; maka, ia adalah jelas bahawa hasil-hasil otak manusia, dalam kajian terakhir sebagai hasil-hasil Alam, tidak bercanggah dengan hubungan-hubungan Alam yang lain tetapi adalah sejajar dengannya…

“Hegel merupakan seorang idealis, iaitu untuk mengatakan, pemikiran dalam mindanya adalah bagi dia bukannya lebih atau kurang imej-imej abstrak [Abbilder, pertimbangan; Engels kadang-kala mengatakan ‘tekapan’] benda-benda dan proses-proses tulin, tetapi, sebaliknya, benda-benda dan perkembangannya adalah bagi dia hanya imej-imej, dijadikan benar, bagi ‘Idea’ yang wujud di sesuatu tempat atau tempat yang lain sebelum dunia sendiri wujud.” Dalam Ludwig Feuerbach di mana Engels mengutarakan pandangannya sendiri dan pandangan Marx mengenai falsafah Feuerbach, dan yang dihantar kepada pihak pencetak selepas dia telah membaca semula manuskrip lama yang ditulis oleh Marx dan dirinya sendiri pada tahun 1844-1845 mengenai Hegel, Feuerbach dan konsep materialis mengenai sejarah – dia menulis: “Soalan asas besar mengenai segala falsafah, terutamanya falsafah mutakhir, adalah hubungan pemikiran dan kewujudan… jiwa kepada Alam… yang manakah utama, jiwa atau Alam… Jawapan-jawapan yang diberikan oleh ahli-ahli falsafah kepada soalan ini membahagikan mereka ke dalam dua kem besar. Mereka yang mendakwa keutamaan jiwa di bawah Alam dan, maka, dalam peristiwa terakhir, menganggap penciptaan dunia dalam satu bentuk atau bentuk yang lain… membuat perjanjian dengan kem idealisme. Yang lain, yang menganggap Alam sebagai utama, adalah kepunyaan pelbagai sekolah materialisme.” Mana-mana kegunaan lain bagi konsep-konsep idealisme dan materialisme (falsafah) hanya membawa kekeliruan. Marx dengan nyata menolak, bukan sahaja idealisme, yang sentiasa dikaitkan dalam satu cara atau cara yang lain dengan agama, tetapi juga pandangan – yang sangat luas tersebar pada hari kita – Hume dan Kant, agnostikisme, kritikan, dan positifisme dalam bentuk-bentuk yang berlainan; dia menganggap falsafah tersebut sebagai pemberian ‘reaksioner’ kepada idealisme, dan paling baik sekali “cara malu untuk menerima materialisme dengan sulit, sambil menafikannya di hadapan dunia.”[x] Mengenai persoalan ini, lihat, di samping karya-karya oleh Engels dan Marx yang disebutkan di atas, surat yang Marx menulis kepada Engels pada 12hb Disember, 1868, di mana, merujuk kepada kata-kata ahli naturalis Thomas Huxley, yang “lebih bersifat materialistik” daripada biasa, dan sebutannya bahawa “selagi kita melihat dan berfikir, kita tidak dapat melarikan diri daripada materialisme,” Marx mengutuk Huxley keranan membiarkan “lubang terbuka” bagi agnostikisme, bagi Humisme. Ia adalah penting untuk menotakan pandangan Marx mengenai hubungan kebebasan dan kemestian: “Kebebasan adalah penghargaan kemestian. ‘Kemestian adalah buta hanya sejauh mana ia tidak difahami’” (Engels dalam Anti-Dühring). Ini bermakna pengiktirafan perintah hukum-hukum objektif dalam Alam dan perubahan kemestian dialektik menjadi kebebasan (dalam cara yang sama seperti perubahan “benda dalam dirinya sendiri” tidak sedar tetapi dapat dijadikan sedar menjadi “benda bagi kita”, dari “jiwa benda-benda” menjadi “fenomena”). Marx dan Engels menganggap materialisme ‘lama,’ termasuk falsafah Feuerbach (dan materialisme Büchner, Vogt dan Moleschott yang lebih ‘kasar’), mengandungi kelemahan-kelemahan berikut: (1) materialisme ini “secara umumnya adalah mekanikal,” gagal untuk mempertimbangkan kemajuan-kemajuan terbaru dalam kimia dan biologi (pada hari ini, ia perlu ditambah: dan alam teori jisim elektrik); (2) materialisme lama adalah bersifat bukan bersejarah dan bukan dialektik (metafizikal, dan erti anti-dialektik), dan tidak mematuhi dengan berterusan dan mendalam kepada pendirian kemajuan; (3) ia menganggap “inti manusia” dalam abstrak, bukannya sebagai “yang paling rumit” (ditentukan secara kukuh dan bersejarah) daripada “hubungan-hubungan sosial,” dan maka hanya “mengkaji” dunia, manakala ia merupakan persoalan “mengubah” dunia, iaitu, ia tidak memahami kepentingan “aktiviti revolusioner praktis.”


Dialektik

Sebagai doktrin kemajuan yang paling menyeluruh dan mendalam, dan yang paling kaya dalam isi kandungan, dialektik Hegelian dianggap oleh Marx dan Engels sebagai pencapaian terbaik falsafah Jerman klasik. Mereka berpendapat bahawa mana-mana formulasi prinsip mengenai kemajuan, mengenai evolusi, adalah berat sebelah dalam isu kandungan, dan hanya dapat memesongkan dan mencederakan aliran kemajuan sebenar (yang seringkali berlaku dalam lompatan-lompatan, dan melalui malapetaka dan revolusi) dalam Alam dan masyarakat. “Hampir hanya Marx dan saya yang terdapat untuk menyelamatkan dialektik sedar [dari kebinasaan idealisme, termasuk Hegelianisme] dan mengamalkannya dalam konsep Alam materialis… Alam adalah bukti dialektik, dan ia perlu dikatakan bagi sains semulajadi moden bahawa ia telah memberikan bahan-bahan yang sangat kaya [ini ditulis sebelum perjumpaan radium, eletrok, unsur-unsur transmutasi dan sebagainya!] dan seharian bagi ujian ini, dan maka telah membuktikan bahawa dalam kajian terakhir, proses Alam adalah bersifat dialektik dan bukannya metafizikal.”[xi]

“Fikiran asas hebat,” tulis Engels, “bahawa dunia tidak patut difahami sebagai sebuah kompleks benda-benda yang sedia wujud, di mana benda-benda mengandungi tidak kurang daripada imej-imej minda mereka dalam kepala-kepala kita, iaitu konsep-konsep, melalui perubahan tanpa halangan dalam menjadi wujud dan meninggal semula… fikiran asas hebat ini telah, terutamanya pada masa Hegel, memasuki kesedaran biasa dengan begitu menyeluruh sehingga dalam sifat umum ini ia jarang sekali dibantah. Tetapi untuk mengakui fikiran asas ini dalam kata-kata dan untuk mengamalkannya dalam realiti dengan terperinci pada setiap arena kajian adalah dua perihal yang berbeza… Bagi falsafah dialektik, tidak ada apa-apa yang mutlak, akhir, suci. Ia mendedahkan sifat peralihan semuanya dan dalam semuanya; tidak ada apa-apa yang dapat kekal sebelumnya kecuali proses tanpa halangan menjadi wujud dan meninggal semula, peningkatan tanpa akhirt dari yang rendah ke yang tinggi. Dan falsafah dialektik sendiri hanyalah pencerminan proses ini dalam pemikiran otak.” Maka, menurut Marx, dialektik adalah “sains hukum-hukum gerakan umum, biarpun dunia luaran mahupun pemikiran manusia.”[xii]

Aspek revolusioner dalam falsafah Hegel ini dipupuk dan diperkembangkan oleh Marx. Materialisme dialektik “tidak memerluka apa-apa falsafah berdiri di sains-sains yang lain.” Dari falsafah dahulu, terdapat “sains pemikiran dan logik hukum-rasmi dan dialektik.”[xiii] Dialektik, seperti yang difahami oleh Marx, dan juga secara selari dengan Hegel, melibatkan apa yang kini dinamakan teori pengetahuan, atau epistemologi, yang, juga, perlu menganggap perihal subjeknya secara bersejarah, mengkaji dan mengumumkan punca dan kemajuan pengetahuan, peralihan dari bukan pengetahuan kepada pengetahuan.

Pada masa kita, idea kemajuan, idea evolusi, telah hampir sepenuhnya memasuki kesedaran sosial, hanya dalam cara-cara lain, dan bukannya melalui falsafah Hegelian. Namun, idea ini, seperti yang diterajui oleh Marx dan Engels pada dasar falsafah Hegel, adalah lebih mendalam dan jauh lebih kaya dalam kandungan daripada aliran idea evolusi mutakhir. Sesuatu kemajuan yang mengulang, seperti itu, tahap-tahap yang sudah berlalu, tetapi mengulanginya dalam cara yang berlainan, pada dasar yang lebih tinggi (“penafian terhadap penafian”), sesuatu kemajuan, untuk mengatakannya, yang berlaku dalam pusaran, bukannya mengikut garis lurus; “jurang dalam penerusan”; perubahan kuantiti menjadi kualiti; naluri-naluri dalaman menuju kemajuan, dihadiahkan oleh percanggahan dan konflik pelbagai kuasa dan aliran bertindak pada badan tertentu, atau di dalam fenomena tertentu, atau dalam masyarakat tertentu; saling pergantungan dan hubungan paling rapat dan tidak dapat dileburkan di antara kesemua aspek dari mana-mana fenomena (sejarah sentiasa mendedahkan aspek-aspek baru), hubungan yang memberikan proses gerakan seragam, dan abadi, proses yang mengikut hukum-hukum tertentu – inilah beberapa aspek dialektik sebagai doktrin kemajuan yang lebih kaya daripada doktrin biasa. (rujuk kepada surat Marx kepada Engels pada 8hb Januari, 1868, di mana dia mengutuk “trikotomi-trikotomi kayu” Stein, yang memang gila untuk mengelirukan dengan dialektik materialis.)


Konsep Sejarah Materialis

Kesedaran mengenai sifat tidak berterusan, tidak sempurna, dan berat sebelah materialisme lama meyakinan Marx mengenai keperluan “membawa sains masyarakat… ke dalam perpaduan dengan dasar materialis, dan membinanya semula selepas itu.”[xiv] Oleh kerana materialisme secara umumnya menjelaskan kesedaran sebagai hasil kewujudan, dan bukan sebaliknya, maka materialisme diamalkan kepada kehidupan sosial umat manusia perlu menjelaskan kesedaran sosial sebagai hasil kewujudan sosial. “Teknologi,” menulis Marx (Capital, Jilid I) “mendedahkan cara manusia menangani Alam, dengan proses pengeluaran serta-merta melalui mana dia mengekalkan kehidupannya, dan dengan itu juga mendedahkan cara pembentukan hubungan-hubungan sosialnya, dan konsep-konsep mental yang mengalir daripadanya.” Dalam keterangan kepada Contribution to the Critque of Political Economy, Marx memberikan keterangan penting mengenai prinsip-prinsip materialisme yang diamalkan kepada masyarakat manusia dan sejarahnya, dalam kata-kata yang berikut:

“Dalam pengeluaran sosial kehidupan mereka, manusia memasuki hubungan tetap yang tidak dapat diketepikan dan saling bergantung pada hasrat mereka, hubungan pengeluaran yang sejajar dengan tahap kemajuan kuasa-kuasa produktif materialis mereka.

“Jumlah hubungan-hubungan pengeluaran ini merupakan struktur ekonomi masyarakat, dasar sebenar, pada mana bangkitnya mahastruktur perundangan dan politik dan kepada mana terdapatnya bentuk-bentuk kesedaran sosial tetap. Cara pengeluaran kehidupan materialis menetapkan proses kehidupan sosial, politik dan intelek secara umum. Ia bukannya kesedaran manusia yang menentukan kewujudan mereka, tetapi, sebaliknya, kewujudan sosial mereka yang menentukan kesedaran mereka. Pada sesuatu tahap kemajuan, kuasa-kuasa pengeluaran materialis masyarakat memasuki percanggahan dengan hubungan-hubungan pengeluaran yang sedia ada, atau – apa yang merupakan perluahan perundangan bagi perkara yang sama – dengan hubungan-hubungan harta yang telah berfungsi sehingga itu. Dari bentuk-bentuk kemajuan kuasa-kuasa pengeluaran, hubungan-hubungan ini berubah menjadi belenggu mereka. Kemudian bermulalah zaman revolusi sosial. Dengan perubahan dasar ekonomi, seluruh mahastruktur besar lebih kurang diubah dengan pesat. Dalam mempertimbangkan perubahan-perubahan seperti itu, perbezaan mesti sentiasa dibuat di antara perubahan materialis keadaan-keadaan pengeluaran ekonomi, yang dapat ditentukan dengan terperinci oleh sains semulajadi, dan bentuk-bentuk perundangan, politik, keagamaan, keindahan atau falsafah – pendek kata, bentuk-bentuk ideologi di mana manusia menjadi sedar akan konflik ini dan memperjuangkannya.

“Sebagaimana pendapat kami mengenai seseorang individu tidak didasarkan pada apa yang dia berfikir mengenai dirina, maka kita tidak dapat menghakim zaman perubahan seperti itu melalui kesedarannya sendiri; sebaliknya, kesedaran ini perlu dihuraikan dari segi percanggahan-percanggahan kehidupan materialis, dari konflik yang sedia wujud di antara kuasa-kuasa pengeluaran sosial dan hubungan-hubungan pengeluaran… Dalam garisan panduan umum, cara-cara pengeluaran Asiatik, kuno, feudal, dan borjuasi moden dapat dihuraikan sebagai zaman-zaman progresif dalam pembentukkan ekonomi masyarakat” (rujuk kepada formulasi pendek Marx dalam surat kepada Engels bertarikh 7hb Julai, 1866: “Teori kami adalah bahawa pengaturan tenaga pekerja adalah ditentukan oleh cara-cara pengeluaran”).

Perjumpaan konsep sejarah materialis, atau lebih tepat lagi, penerusan dan perluasan berterusan materialisme ke dalam arena fenomena sosial, menghapuskan dua kelemahan utama dalam dua teori sejarah awal. Dalam tempat pertama, teori sejarah awal itu hanya mengkaji motif-motif ideologi dalam aktiviti-aktiviti bersejarah umat manusia, tanpa mengkaji punca motif-motif tersebut, atau menentukan hukum-hukum objektif yang memerintah perkembangan sistem hubungan sosial, atau melihat akar hubungan-hubungan ini dalam tahap perkembangan yang dicapai oleh pengeluaran materialis; dalam tempat kedua, teori-teori yang lebih awal tidak memeluk aktiviti-aktiviti rakyat jelata, manakala materialisme bersejarah memungkinkan buat kali pertama untuk mengkaji, dengan ketepatan saintifik, hubungan-hubungan sosial kehidupan rakyat, dan perubahan-perubahan dalam keadaan-keadaan tersebut. Pada tahap paling baik, ‘sosiologi’ dan tawarikh pra-Marxsis membawa ke hadapan akumulasi fakta-fakta mentah, mengumpul dengan tidak tentu, dan sesuatu penjelasan mengenai aspek-aspek proses sejarah individu. Dengan mengkaji seluruh aliran-aliran yang bercanggah, dengan mengurangkannya kepada keadaan-keadaan kehidupan dan pengeluaran pelbagai kelas masyarakat yang dapat ditentukan dengan terperinci, dengan mengetepikan subjektifisme dan rambang dalam pemilihan idea ‘bermaharaja’ tertentu atau dalam penjelasannya, dan dengan mendedahkan bahawa, tanpa pengecualian, kesemua idea dan segala aliran berpunca dari keadaan-keadaan kuasa-kuasa pengeluaran materialis, Marxsisme menandakan jalan menuju akjian menyeluruh dan mendalam mengenai proses kebangkitan, kemajuan dan kemerosotan sistem-sistem sosio-ekonomi. Orang ramai membuat sejarah mereka sendiri, tetapi apakah yang menentukan motif-motif orang, rakyat jelata, iaitu, apakah membangkitkan pertempuran idea-idea dan perjuangan-perjuangan yang bercanggah? Apakah jumlah pertempuran-pertempuran ini dalam masyarakat-masyarakat manusia? Apakah keadaan-keadaan objektif pengeluaran kehidupan materialis yang membentukkan dasar bagi segala aktiviti bersejarah manusia? Apakah hukum kemajuan bagi keadaan-keadaan ini? Kepada semua ini, Marx menarik perhatian dan menentukan jalan menuju kajian sejarah secara saintifik sebagai proses tunggal yang, dengan kepelbagaian dan percanggahan yang luarbiasa, diperintah oleh hukum-hukum tetap.


Perjuangan Kelas

Ia adalah pengetahuan umum bahawa, dalam mana-mana masyarakat, perjuangan beberapa ahlinya bercanggah dengan perjuangan orang lain, bahawa kehidupan sosial adalah penuh dengan percanggahan, dan bahawa sejarah mendedahkan sesuatu perjuangan di antara negara-negara dan masyarakat-masyarakat, serta di dalam negara-negara dan masyarakat-masyarakat, dan selain itu, saling penggantian zaman revolusi dan reaksi, kedamaian dan peperangan, kebantutan dan kemajuan pesat atau kemunduran. Marxsisme telah memberikan panduan, iaitu, teori perjuangan kelas, untuk perjumpaan hukum-hukum yang memerintah keadaan yang seolah-olah mengelirukan dan bersifat huru-hara. Ia hanyalah kajian jumlah perjuangan kesemua ahli sesebuah masyarakat atau kumpulan masyarakat-masyarakat yang dapat membawa penghuraian saintifik mengenai hasil perjuangan-perjuangan tersebut. Perjuangan-perjuangan yang bercanggah berpunca dari perbezaan dalam kedudukan dan cara kehidupan kelas-kelas ke dalam mana masyarakat dibahagikan. “Sejarah kesemua masyarakat yang sedia ada adalah sejarah perjuangan kelas,” Marx menulis dalam Communist Manifesto (dengan pengecualian sejarah masyarakat kuno, Engels kemudiannya menambah). “Orang bebas dan hamba, bangsawan dan golongan bawahan, tuan dan serf, ahli tukang dan pembantu tukang, pendek kata, penindas dan yang tertindas, sentiasa berdiri dalam tentangan di antara satu sama lain, mengusahakan pertempuran yang berterusan, kadang-kala disembunyikan, kadang-kala diperjuangkan secara terbuka, sesuatu pertempuran yang berakhir setiap kali antara dalam penyusunan semula masyarakat secara berevolusi, atau dalam kehancuran bersama-sama kelas-kelas yang saling berjuang… Masyarakat borjuasi moden yang telah bertunas dari kebinasaan masyarakat feudal belum membasmikan penentangan-penentangan kelas. Ia hanya telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan-keadaan penindasan baru, bentuk-bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama. Namun, zaman kita, iaitu zaman borjuasi, menunjukkan sifat yang istimewa berikut: ia telah meringkaskan penentangan-penentangan kelas. Masyarakat secara keseluruhan semakin bercerai ke dalam dua kem bermusuhan besar, ke dalam dua kelas besar yang berhadapan dengan satu sama lain: Borjuasi dan Proletariat.” Sejak Revolusi Perancis Besar, sejarah Eropah telah, di beberapa negara, mendedahkan apa yang sebenarnya terletak di bawah peristiwa-peristiwa – perjuangan-perjuangan kelas. Zaman Pemulihan[xv] di Perancis sudah mengeluarkan beberapa ahli sejarah (Thierry, Guizot, Mignet dan Thiers) yang, dalam menyimpulkan apa yang berlaku, didesak untuk mengaku bahawa perjuangan kelas merupakan kunci kepada segala sejarah Perancis. Zaman moden – iaitu zaman kejayaan sepenuhnya borjuasi, pertubuhan-pertubuhan perwakilan, hak mengundi luas (jika bukan mutlak), akhbar harian murah, yang disebarkan dengan luas di kalangan rakyat, dan sebagainya, sesuatu zaman kesatuan-kesatuan pekerja dan kesatuan-kesatuan pihak majikan yang berkuasa dan semakin menyebar, dan sebagainya – telah menunjukkan dengan lebih menakjubkan (walaupun kadangkala dalam bentuk yang sangat berat sebelah, ‘damai’ dan ‘perlembagaan’) sebagai tenaga penggerak peristiwa-peristiwa. Petikan berikat dari Manisfesto Komunis oleh Marx akan menunjukkan kepada kita apa yang Marx menuntut dari sains sosial berkenaan dengan kajian objektif ke atas kedudukan setiap kelas dalam masyarakat moden, dengan rujukan kepada kajian setiap kelas dalam keadaan-keadaan kemajuan: “Di antara kesemua kelas yang berhadapan dengan borjuasi pada hari ini, hanya proletariatlah yang benar-benar sebuah kelas revolusioner. Kelas-kelas yang lain mereput dan akhirnya lesap apabila berhadapan dengan Industri Moden; proletariat ada hasilnya yang khas dan mustahak. Kelas menengah bawahan, usahawan kecil, pekedai, tukang, petani, kesemua mereka berjuang menentang borjuasi, untuk menyelamatkan kewujudan mereka sebagai bahagian kelas menengah daripada kepupusan. Oleh kerana ini, mereka bukanlah bersifat revolusioner, tetapi konservatif. Lebih-lebih lagi, mereka bersifat menentang kemajuan, kerana mereka mencuba memutar balik roda sejarah. Jika secara kebetulan mereka bersifat revolusioner, mereka hanyalah sedemikian akibat pemindahan mereka ke proletariat yang semakin mendekati, maka mereka bukanya mempertahankan masa sekarang mereka, tetapi kepentingan-kepentingan masa depan mereka, iaitu mereka meninggalkan pendirian mereka sendiri untuk menempatkan diri mereka pada pendirian proletariat.” Dalam beberapa karya bersejarah (lihat Bibiliografi), Marx memberikan contoh-contoh hebat bagi sejarah materialis, dan kajian mengenai kedudukan setiap kelas individu, dan kadang-kala bagi kumpulan-kumpulan yang berlainan atau lapisan dalam sesebuah kelas, menunjukkan dengan jelas mengapa dan bagaimana “setiap perjuangan kelas adalah perjuangan politik.”[xvi] Petikan di atas adalah gambaran mengenai rangkaian rumit hubungan-hubungan sosail dan tahap-tahap peralihan dari satu kelas ke kelas yang lain, dari masa yang lalu ke masa depan, dikaji oleh Marx untuk menentukan perkembangan bersejarah yang dihasilkan daripadanya.

Doktrin ekonomi Marx adalah pengesahan dan pengalaman teori ini yang paling mendalam, menyeluruh dan terperinci.


DOKTRIN EKONOMI MARX

“Ia adalah matlamat terakhir karya ini untuk mendedahkan hukum gerakan ekonomi bagi masyarakat moden,” iaitu, masyarakat kapitalis borjuasi, kata Marx dalam keterangan kepada Capital. Sesuatu kajian ke dalam hubungan-hubungan pengeluaran dalam sesuatu masyarakat yang dihurai secara sejarah, dalam pengasasan, perkembangan dan kemerosotan – begitulaj kandungan doktrin ekonomi Marx. Dalam masyarakat kapitalis, pengeluaran komoditi-komoditi adalah bermaharaja, dan maka kajian Marx bermula dengan kajian komoditi.


Nilai

Sesuatu komoditi adalah, di tempat pertama, sesuatu benda yang memenuhi sesuatu keperluan manusia; di tempat kedua, ia adalah sesuatu benda yang dapat ditukar untuk benda lain. Kegunaan sesuatu benda itu menjadikannya sesuatu nilai kegunaan.[xvii] Nilai pertukaran (atau dengan pendek, nilai) adalah pertama sekali nisbah, perbandingan, di mana sesuatu bilangan nilai kegunaan dari satu jenis dapat ditukar untuk sesuatu bilangan nilai kegunaan yang berlainan jenis. Pengalaman seharian menjukkan kepada kita bahawa berjuta-juta pertukaran seperti itu sedang menyamakan dengan satu sama lain setiap jenis nilai kegunaan, malah yang paling berbeza dan tidak dapat dibandingkan. Jadi, apakah persamaan di antara benda-benda yang berbeza ini, benda-benda yang sentiasa disamakan dengan satu sama lain dalam sistem hubungan-hubungan sosial tetap? Ciri sama mereka adalah bahawa mereka merupakan hasil-hasil tenaga pekerja. Dalam menukarkan barangan, orang menyamakan jenis tenaga pekerja yang paling berbeza. Pengeluaran komoditi-komoditi adalah sistem hubungan sosial di mana pengeluar-pengeluar individu menghasil barangan berbeza (pembahagian tenaga pekerja secara sosial), dan di mana kesemua barangan ini disamakan dengan satu sama lain dalam proses pertukaran. Akibatnya, apa yang sama kepada ksemua komoditi bukanlah tenaga pekerja kukuh dari sesuatu cabang pengeluaran, bukannya sesuatu jenis tenaga pekerja, tetapi tenaga pekerja manusia abstrak – tenaga pekerja secara umum. Kesemua kuasa tenaga pekerja dalam sesuatu masyarakat, seperti yang diwakili dalam jumlah nilai-nilai kesemua komoditi, adalah satu dan sama dengan kuasa tenaga pekerja manusia. Beribu-ribu juta aksi pertukuran membuktikan ini. Akibatnya, setiap komoditi tertentu mewakili hanya sebahagian daripada masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial.[xviii] Magnitud nilai adalah ditentukan oleh jumlah tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial, atay melalui masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial untuk pengeluaran sesuatu komoditi tertentu, untuk nilai kegunaan tertentu. “Pada bila-bila masa, melalui sesuatu pertukaran, kita menyamakan, sebagai nilai-nilai, barangan berbeza kita, dengan tindakan itu, kita juga menyamakan, sebagai tenaga pekerja, jenis-jenis tenaga pekerja berbeza yang digunakan untuknya. Kita tidak menyedari ini, namun demikian, kita melakukannya.”[xix] Seperti yang dikatakan oleh seorang ahli ekonomi awal, nilai adalah hubungan di antara dua orang; hanya, dia patut menambahkan: sesuatu hubungan yang disembunyikan di bawah pembalut materialis. Kita dapat memahami apakah itu nilai hanya apabila kita mempertimbangkannya daripada pendirian sebuah sistem hubungan-hubungan pengeluaran sosial dalam sesuatu masyarakat jenis bersejarah, lebih-lebih lagi, hubungan-hubungan yang mendedahkan dirinya dalam fenomena pertukaran yang luas, fenomena yang mengulangi dirinya beribu-ribu kali. “Sebagai nilai, kesemya komoditi hanyalah jisim masa tenaga pekerja mengental.”[xx] Selepas membuat kajian terperinci mengenai sifat berlapis-dua tenaga pekerja yang terkandung dalam komoditi-komoditi, Marx kemudiannya mengkaji bentuk nilai dan duit. Di sini, tugas utama Marx adalah untuk mengkaji punca-punca bentuk nilai dalam duit, untuk mengkaji proses bersejarah perkembangan pertukaran, bermula dengan tindakan-tindakan pertukuran individu dan berkait (“bentuk nilai yang asas atau kebetulan,” di mana sesuatu kuantiti komoditi adalah ditukar bagi sesuatu kuantiti komoditi yang lain), dan kemudiannya bentuk nilai yang abadi, di mana beberapa komoditi yang berbeza ditukar untuk komoditi tertentu yang adalah satu dan sama, dan berkahir dengan bentuk nilai dalam duit, apabila emas menjadi komoditi tertentu itu, kesamaan abadi. Sebagai hasil tertinggi perkembangan pertukaran dan pengeluaran komoditi, duit menopengkan, menyembunyikan, sifat sosial segala tenaga pekerja individu, hubunagn sosial di antara pengeluar-pengeluar individu yang disatukan oleh pasaran. Marx mengkaji pelbagai fungsi duit dengan sangat terperinci; ia adalah penting untuk menotakan di sini khususnya (seperti dalam bab-bab pembukaan Capital secara umum) bahawa apa yang kelihatan seperti abstrak dan pada masa-masa tertentu cara pengkajian deduktif, dalam realiti menangani pengumpulan gergasi bahan-bahan fakta mengenai sejarah perkembangan pertukuran dan pengeluaran komoditi. “Jika kita mempertimbangkan duit, kewujudannya menyifatkan tahap tertentu dalam pertukaran komoditi-komoditi. Fungsi-fungsi tertentu duit yang ia melakukan, antara sebagai persamaan komoditi-komoditi, atau sebagai cara penyaluran, atau sebagai cara pembayaran, sebagai penyorok atau sebagai duit abadi, menunjukkan, menurut berat luas dan relatif satu fungsi atau fungsi yang lain, tahap-tahap berbeza dalam proses pengeluaran sosial” (Capital, Jilid I).


Nilai Lebih

Pada tahap tertentu dalam perkembangan pengeluaran komoditi, duit diubahkan menjadi kapital. Formula untuk pengeluaran komoditi merupakan K-D-K (komoditi-duit-komoditi), iaitu, penjualan satu komoditi untuk sebab pembelian komoditi yang lain. Formula umum kapital, sebaliknya, adalah D-K-D, iaitu, pembelian demi sebab penjualan (dengan keuntungan). Peningkatan ke atas nilai asas duit yang dimasukkan ke dalam edaran dinamakan oleh Marx sebagai nilai lebih. Fakta ‘pertumbuhan’ duit dalam edaran kapitalis adalah pengetahuan umum. Sememangnya, ia adalah ‘pertumbuhan’ ini yang mengubahkan duit menjadi kapital, sebagai hubungan pengeluaran sosial yang khas dan ditentukan oleh sejarah. Nilai lebih tidak dapat bangkit dari edaran komoditi, keranan edaran komoditi hanya mengenali pertukaran benda-benda yang sama nilai; ia juga tidak dapat bangkit dari peningkatan harga, kerana kerugian dan keuntungan bersama pembeli dan penjual akan menyamaratakan satu sama lain, manakala apa yang kita mempunyai di sini bukanlah fenomena individu tetapi fenomena umum, purata dan sosial. Untuk mendapat nilai lebih, pemilik duit “mesti… mencari… dalam pasaran, sebuah komoditi, yang nilai kegunaannya memiliki perihal khas sebagai punca nilai”[xxi] – sesuatu komoditi yang proses penggunaannya adalah pada masa yang sama sesuatu proses pewujudan nilai. Komoditi seperti itu sememangnya wujud – kuasa tenaga pekerja manusia. Penggunaannya adalah tenaga pekerja, dan tenaga pekerja menciptakannilai. Pemilik duit membeli tenaga pekerja pada nilainya, yang, seperti nilai setiap komoditi yang lain, ditentukan oleh masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial bagi pengeluarannya (iaitu, kos membiayai pekerja dan keluarganya). Setelah membeli tenaga pekerja, pemilik tenaga berhak menggunakannya, iaitu, untuk menggunakannya sepanjang hari – dua jam, biarlah kita katakan. Namun, dalam aliran enam jam (masa tenaga pekerja yang ‘diperlukan’), para pekerja mencipta hasil untuk meliputi kos pembiayaannya; dalam aliran enam jam seterusnya (mana tenaga pekerja ‘lebihan’), dia menciptakan hasil ‘lebih’, atau nilai lebih, bagi manapihak kapitalis tidak membayar. Maka, dari pendirian proses pengeluaran, dua bahagian mesti dibezakan dalam kapital: kapital berterusan, yang digunakan untuk cara-cara pengeluaran (jentera, peralatan, bahan-bahan mentah dan sebagainya), di mana nilainya, tanpa mana-mana perubahan, dipindahkan (secara keseluruhan atau secara bahagian demi bahagian) kepada barangan habis; kedua, kapital berubah, yang digunakan untuk kuasa tenaga pekerja. Nilai kapital terakhir ini bukannya tidak dapat dibuah, tetapi bertumbuh dengan proses tenaga pekerja, menciptakan nilai lebih. Maka, untuk meluahkan tahap pengeksploitasian kapital ke atas tenaga pekerja, nilai lebih perlu dibandingkan, bukannya dengan seluruh kapital dengan hanya dengan kapital berubah. Maka, dalam contoh yang diberikan, kadar nilai lebih, seperti nisbah ini dinamakan oleh Marx, adalah 6 : 6, iaitu 100 peratus.

Terdapat dua syarat bersejarah bagi kebangkitan kapital: pertama, akumulasi jumlah-jumlah duit tertentu dalam tangan individu-individu di bawah keadaan-keadaan tahap, secara relatif, perkembangan pengeluaran komoditi yang tinggi secara umum; kedua, kewujudan seorang pekerja yang adalah ‘bebas’ dalam dua segi: bebas dari penghadan atau pembatasan ke atas penjualan tenaga pekerjanya, dana bebas dari tanah dan segala cara pengeluaran secara umum, seorang pekerja yang bebas dan tidak dibelenggu, seorang ‘proletariat’ yang tidak dapat hidup tanpa tidak menjual tenaga pekerjanya.

Terdapat dua cara utama untuk meningkatkan nilai lebih: memanjangkan hari bekerja (‘nilai lebih mutlak’, dan dengan mengurangkan hari bekerja yang diperlukan (‘nilai lebih relatif’). Dalam mengkaji yang pertama, Marx memberikan gambaran yang paling baik mengenai perjuangan kelas pekerja untuk hari bekerja yang lebih pendek dan campur tangan oleh pihak kerajaan untuk memanjangka hari bekerja (dari abad keempat-belas sehingga ketujuh-belas) dan untuk mengurangkannya (perundangan kilang pada abad kesembilan-belas). Sejak kemunculan Capital, sejarah gerakan kelas pekerja dalam setiap negara bertamadun di dunia telah memberikan kekayaan fakta-fakta baru yang memperbesarkan gambar ini.

Mengkaji pengeluaran nilai lebih relatif, Marx melihat tiga tahap bersejarah asas dalam peningkatan produktiviti tenaga pekerja di bawah kapitalisme: (1) kerjasama ringkas; (2) pembahagian tenaga pekerja, dan pengeluaran; (3) jentera dan industri berskala besar. Dengan betapa mendalamnya Marx di sini telah mendedahkan ciri-ciri asas dan biasa perkembangan kapitalis adalah ditunjukkan secara kebetulan oleh fakta bahawa kajian-kajian ke dalam industri-industri kraftangan di Rusia memberikan bahan yang mencukupi untuk menggambarkan dua daripada tahap yang disebut. Kesan revolusioner industri jentera berskala besar, seperti yang dihuraikan oleh Marx pada tahun 1867, telah mendedahkan dirinya di beberapa negara ‘baru’ (Rusia, Jepun, dan sebagainya), dalam aliran setengah abad yang telah berlalu sejak itu.

Untuk menyambung. Baru dan terpenting dalam tahap tertinggi adalah kajian Marx mengenai akumulasi kapital, iaitu, perubahan sebahagian nilai lebih menjadi kapital, dan kegunaannya, bukan untuk memenuhi keperluan-keperluan peribadi atau hasrat pihak kapitalis, tetapi untuk pengeluaran baru. Marx mendedahkan kesilapan yang dibuat oleh ahli-ahli ekonomi politik klasik yang lebih awal (bermula dengan Adam Smith), yang menganggap bahawa seluruh nilai lebih yang diubah menjadi kapital digunakan untuk membentukkan kapital berubah. Sebenarnya, ia dibahagikan ke dalam cara-cara pengeluaran dan kapital berubah. Yang sangat penting kepada proses perkembangan kapitalisme dan perubahannya kepada sosialisme adalah pertumbuhan lebih pesat bahagian kapital berterusan (daripada jumlah kapital) berbandingn dengan bahagian kapital berubah.

Dengan mempercepatkan penggantian pekerja oleh jentera dan dengan menciptakan kekayaan di satu sudut dan kemiskinan di sudut yang lain, akumulasi kapital juga membangkitkan apa yang dinamakan “tentera tenaga pekerja simpanan,” “lebihan relatif” pekerja, atau “pengeluaran lebihan kapital,” yang mengambil pelbagai bentuk dan membolehkan kapital untuk meluaskan pengeluaran dengan sangat laju. Seiringan dengan kemudahan-kemudahan kredit dan akumulasi kapital dalam bentuk cara-cara pengeluaran, ini secara kebetulan adalah kunci kepada pemahaman krisis-krisis pengeluaran lebihan yang berlaku secara berkali-kali di negara-negara kapitalis – pada mulanya, pada purata setiap sepuluh tahun, dan kemudiannya pada masa-masa yang lebih lama dan tetap. Dari akumulasi kapital di bawah kapitalisme, kita patut membezakan apa yang dikenali sebagai akumulasi primitif: pemisahan dengan kasar pekerja daripada cara-cara pengeluaran, pengusiran para petai dari tanah, rampasan tanah-tanah komunal, sistem koloni dan perhutangan kebangsaan, cukai kawalan, dan sebagainya. ‘Akumulasi primitif’ menciptakan proletariat ‘bebas’ di satu sudut, dan pemilik duit, iaitu pihak kapitalis, di sudut yang lain.

“Aliran akumulasi kapitalis bersejarah” adalah dihuraikan oleh Marx dalam kata-kata terkenal berikut: “Pengeksploitasian pengeluar-pengeluar adalah dicapai dengan kerosakan tanpa maaf, dan di bawah naluri keghairahan yang paling terkenal, paling keji, paling memalukan, paling membencikan lagi kejam. Harta swasta yang dicapai [oleh para petani dan tukang kraf], yang didasarkan, untuk mengatakan, pada gabungan di antara pekerja individu terpulau dan bebas dengan keadaan-keadaan bekerjanya, adalah digantikan oleh harta swasta kapitalistik, yang berehat pada pengeksploitasian tenaga pekerja lain yang sepatutnya bebas… Itu yang kini dieksploitasi bukanlah pekerja yang bekerja untuk dirinya, tetapi pihak kapitalis mengeksploitasi ramai pekerja. Pengeksploitasian ini dicapai melalui tindakan hukum-hukum abadi pengeluaran kapitalistik sendiri, dengan pemusatan kapital. Seorang kapitalis sendiri membunuh ramai lagi. Sejajar dengan pemusatan ini, atau pengeksploitasian ramai kapitalis oleh beberapa kapitalis, berkembangnya, pada skala yang sentiasa meluaskan diri, pengamalan teknikal sains dengan sedar, pertanian tersusun tanah, perubahan peralatan bekerja menjadi peralatan bekerja yang hanya dapat digunakan bersama, pengekonomian segala cara-cara pengeluaran melalui penggunaannya sebagai cara-cara pengeluaran tenaga pekerja yang digabungkan dan disosialisasikan, perikatan kesemua orang di dalam jaring pasaran dunia, dan dengan ini, sifat antarabangsa rejim kapitalistik. Bersamaan dengan jumlah orang kaya kapital yang sentiasa berkurangan, yang menyalahgunakan dan memonopolikan kesemua kebaikan proses perubahan ini, bertumbuhnya kemelaratan luas, penindasan, penghambaan, kebinasaan, pengeksploitasian; tetapi dengan ini juga bertumbuhnya pemberontakan kelas pekerja, sebuah kelas yang sentiasa meningkat dalam jumlah, dan berdisiplin, bersatu, teratur oleh mekanisme proses pengeluaran kapital yang sama. Monopoli kapital menjadi belenggu pada cara pengeluaran, yang telah bercendawan dan berbunga bersama dengannya, dan di bawahnya. Pemusatan cara-cara pengeluaran dan sosialisasi tenaga pekerja akhirnya mencapai tahap di mana ianya bercanggah dengan kulit luar kapitalis. Kulit ini dikoyakkan sepenuhnya. Bunyi loceng kematian harta swasta kapitalis dapat didengar. Pihak pengeksploitasi adalah dieksploitasikan” (Capital, Jilid I).

Yang baru dan penting pada tahap tertinggi adalah kajian yang Marx memberikan, dalam Jilid Dua Capital, mengenai pengeluaran semula kapital sosial keseluruhan. Di sini, juga, Marx menangani, bukannya dengan fenomena individu tetapi dengan fenomena luas; bukannya dengan sebahagian kecil ekonomi masyarakat, tetapi dengan ekonomi secara menyeluruh. Membetulkan kesilapan yang disebutkan di atas oleh ahli-ahli ekonomi klasik, Marx membahagian seluruh pengeluaran sosial menjadi dua bahagian besar: (I) pengeluaran cara-cara pengeluaran, dan (II) pengeluaran barangan kegunaan, dan menkaji secara terperinci, dengan contoh-contoh perangkaan, edaran kapital sosial keseluruhan – apabila dihasilkan semula dalam dimensi asalnya dan juga dalam kes akumulasi. Jilid Tiga Capital menyelesaikan masalah bagaimana kadar keuntungan purata dibentukkan pada dasar hukum nilai. Langkah besar ke hadapan yang diambil oleh sains ekonomi oleh usaha Marx terdiri daripada dia melakukan sesuatu kajian, dari pendirian fenomena ekonomi luas, ekonomi sosial secara keseluruhan, bukannya dari pendirian kes-kes individu atau aspek-aspek persaingan luaran dan tidak penting, kepada mana ekonomi politik kasar dan “teori kegunaan sampingan”[xxii] moden seringkali menghadkan diri mereka. Marx pertama sekali mengkaji punca nilai lebih, dan kemudiannya mempertimbangkan pembahagiannya menjadi keuntungan, tarikan, dan sewa tanah. Keuntungan adalah nisbah di antara nilai lebih dan jumlah kapital yang dilaburkan dalam sesuatu usaha. Kapital dengan “kandungan organik tinggi” (iaitu, dengan kelebihan kapital berterusan ke atas kapital berubah yang melebihi purata sosial) memulangkan kadar keuntungan di bawah purata; kapital dengan “kandungan organik rendah” memulangkan kadar keuntungan di atas purata. Persaingan di kalangan pihak kapitalis, dan kebebasan mereka untuk memindahkan kapital mereka dari satu cabang ke cabang yang lain, akan dalam kedua-dua kes tersebut mengurangkan kadar keuntungan kepada purata. Jumlah keseluruhan nilai-nilai kesemua komoditi dalam sesebuah masyarakat adalah sejajar dengan jumlah keseluruhan harga-harga komoditi, tetapi, dalam usaha-usaha individu dan cabang-cabang pengeluaran, sebagai hasil daripada persaingan, komoditi-komoditi dijual, bukan pada nilainya tetapi pada harga bagi pengeluaran (atau harga pengeluaran), yang adalah sama dengan kapital yang dimasukkan ditambahkan dengan keuntungan purata.

Dalam cara ini, fakta terkenal dan tidak dapat dinafikan mengenai pemisahan di antara harga dan nilai dan proses persamaan keuntungan dijelaskan sepenuhnya oleh Marx pada dasar hukum nilai, kerana jumlah keseluruhan nilai-nilai kesemua komoditi adalah sejajar dengan jumlah keseluruhan harga-harga. Namun demikian, persamaan nilai (sosial) kepada harga-harga (individu) tidak berlaku dengan senang dan ringkas, tetapi dalam cara yang sangar rumit. Ia adalah agak semulajadi bahawa dalam sebuah masyarakat di mana pengeluar-pengeluar adalah terasing daripada komoditi-komoditi, adalah disatukan hanya oleh pasaran, penurutan undang-undang hanya dapat menjadi penjelmaan purata, sosial, jelata, dengan pemesongan individu ke mana-mana arah saling mengganti-rugi satu sama lain.

Peningkatan dalam produktiviti tenaga pekerja menyifatkan pertumbuhan kapital berterusan yang lebih pesat berbanding dengan kapital beruabah. Sejauh mana nilai lebih adalah fungsi kapital berubah sendiri, ia adalah jelas bahawa kadar keuntungan (nisbah nilai lebih kepada seluruh kapital, bukan kepada bahagian berubahnya sendiri) biasanya merosot. Marx membuat kajian terperinci mengenai aliran ini dan mengenai beberapa keadaan yang menyembunyikan atau bercanggah dengannya. Tanpa berehat untuk menangani dengan bahagian-bahagian yang sangat menarik dari Jilid Tiga Capital yang diberikan kepada kapital peminjam wang, kapital komersil dan kapital duit, kita perlu mengkaji bahagian yang paling penting – teori sewa tanah. Oleh kerana kawasan tanah adalah terhad dan, di negara-negara kapitalis, kesemua tanah dipegang oleh pemilik-pemilik swasta individu, harga pengeluaran barangan pertanian adalah ditentukan oleh kos pengeluaran, bukannya pada tanah kualiti purata tetapi pada tanah yang paling buruk; bukan di bawah keadaan-keadaan purata tetapi di bawah keadaan-keadaa yang paling buruk untuk penghantaran barangan ke pasaran. Perbezaan di antara harga ini dan harga pengeluaran pada tanah yang lebih baik (atau dalam keadaan-keadaan yang lebih baik) merupakan sewa perbezaan. Mengkaji ini dengan terperinci, dan menunjukkan bagaimana ia bangkit dari perbezaan kesuburan bidang-bidang tanah yang berlainan, dan dari perbezaan dalam jumlah kapital yang dilaburkan dalam tanah, Marx dengan penuhnya mendedahkan (lihat juga Theories of Surplus Value, di mana kritikan terhadap Rodbertus adalah penting) kesilapan yang dibuat oleh Ricardo, yang menganggap bahawa sewa perbezaan hanya berasal apabila terdapat peralihan berterusan dari tanah yang lebih baik ke yang lebih buruk. Sebaliknya, mungkin terdapat keadaan-keadaan terbalik, tanah mungkin beralih dari satu kategori kepada yang lain (oleh kerana kemajuan dalam teknik-teknik pertanian, pertumbuhan bandar-bandar, dan sebagainya), dan “hukum pemulangan yang semakin berkurangan” terkenal, yang menuduh Alam dengan kelemahan, batasan dan percanggahan kapitalisme, adalah sangat silap. Lebih-lebih lagi, persamaan keuntungan dalam setiap cabang industri dan ekonomi kebangsaan secara umum menganggap kebebasan seluruhnya persaingan dan pengaliran bebas kapital dari satu cabang ke cabang yang lain. Namun, permilikan tanah secara swasta menciptakan monopoli, yang membantutkan aliran bebas itu. Oleh kerana monopoli itu, hasil-hasil pertanian, di mana kandungan organik kapital yang lebih rendah didapati, dan akibatnya kadar keuntungan individu yang lebih tinggi, tidak memasuki proses bebas persamaan kadar keuntungan. Dan seorang monopolis, iaitu pemilik tanah, dapat mengekalkan harga di atas purata, dan harga monopoli ini membangkitkan sewa mutlak. Sewa perbezaan tidak dapat dihapuskan di bawah kapitalisme, tetapi sewa mutlak dapat dihapuskan – misalnya, oleh nasionalisasi tanah, dengan menjadikannya harta kerajaan. Itu akan melemahkan monopoli pemilik-pemilik tanah swasta, dan akan bermakna operasi yang berterusan dan penuh bagi kebebasan persaingan dalam pertanian. Itulah mengapa, seperti yang ditunjukkan oleh Marx, pihak radikal borjuasi telah berkali-kali dalam aliran sejarah mengajukan tuntutan borjuasi progresif ini untuk nasionalisasi tanah, sesuatu tuntutan yang, namun demikian, menakutkan kebanyakan pihak borjuasi, kerana ia akan membawa kesan kepada satu lagi monopoli, sesuatu monopoli yang agak penting dan ‘sensitif’ pada hari ini – monopoli cara-cara pengeluaran secara umum. (Penjelasan yang agak popular, ringkas dan jelas mengenai teori kadar keuntungan purata para kapital dan sewa tanah mutlak diberikan oleh Marx sendiri dalam surat kepada Engels, bertarikh 2hb Ogos, 1862. Lihat Briefweschsel, Jilid 3, muka surat 77-81; juga surat bertarikh 9hb Ogos, 1862, seperti yang dahulu, muka surat 86-87).

Dengan rujukan kepada sejarah sewa tanah, ia juga adalah penting untuk menotakan kajian Marx menunjukkan bagaimana sewa tenaga pekerja (para petani menciptakan hasil lebih dengan bekerja pada tanah tuan) diubah menjadi sewa yang dibayar dalam barangan atau dengan serupa (para petani menciptakan barangan lebih pada tanahnya sendiri dan memberikannya kepada pemilik tanah kerana “batasan bukan ekonomi”), kemudian menjadi sewa duit (sewa yang sama jenis, yang diubah menjadi duit – iaitu obrok di Rusia lama – sebagai hasil perkembangan pengeluaran komoditi), dan akhirnya menjadi sewa kapitalis, apabila para petani digantikan oleh usahawan pertanian, yang menyemai tanah dengan bantuan tenaga pekerja yang diupah. Dalam hubungan dengan kajian ini adalah “asal-usul sewa tanah kapitalistik,” nota patut diambil mengenai beberapa idea-idea penting (yang agak penting kepada negara-negara mundur seperti Rusia) yang diluahkan oleh Marx berkenaan dengan evolusi kapitalisme dalam pertanian. “Perubahan sewa yang sama jenis menjadi sewa duit adalah lebih-lebih lagi bukan sahaja diiringi tanpa dapat dielakkan, bahkan juga didahului, oleh pembentukkan sebuah kelas pekerja harian tanpa harta, yang menyewa diri mereka untuk duit. Semasa kemunculan mereka, apabila kelas baru ini muncul hanya secara bertaburan, adat sememangnya berkembang di kalangan petani yang lebih kaya, tertakluk kepada pembayaran sewa, untuk mengeksploitasi pekerja berupah pertanian untuk akaun mereka sendiri, seperti pada masa feudal, apabila petani-petani serf yang lebih kaya sendiri juga memiliki petani serf yang lain. Dalam cara ini, mereka mencapat secara beransur-ansur kemungkinan mengumpul sejumlah kekayaan tertentu dan mereka sendiri berubah menjadi kapitalis masa depan. Pemilik-pemilik tanah lama yang bekerja untuk diri sendiri maka membawa sekolah asuhan bagi penduduk-penduduk kapital, di mana perkembangan mereka ditentukan oleh perkembangan umum pengeluaran kapitalis melintasi batasan kawasan desa” (Capital, Jilid III, muka surat 332). “Pengeksploitasian dan pengusiran sebahagian daripada penduduk pertanian bukan sahaja membebaskan bagi kapital perindustrian pihak pekerja, cara-cara kehidupan mereka, dan bahan-bahan bagi tenaga pekerja; ia juga telah menciptakan pasaran dalam negara” (Capital, Jilid I, muka surat 778). Dalam giliran mereka, kemelaratan dan kebinasaan penduduk desa memainkan peranan dalam penciptaan, bagi kapital, sebuah tentera tenaga pekerja simpanan. Di setiap negara kapitalis “sebahagian daripada penduduk peryanian maka adalah pada titik menjadi proletariat bandar atau pengeluaran [iaitu, bukan pertanian]… Punca penduduk lebihan relatif ini maka sentiasa mengalir… Pekerja pertanian maka disingkirkan kepada minimum gaji, dan sentiasa berdiri dengan satu kaki dalam paya kemiskinan” (Capital, Jilid I, muka surat 668). Permilikan swasta tanah oleh petani yang dikerjakannya adalah dasar pengeluaran berskala kecil dan keadaan bagi kejayaannya dan pencapaian bentuk klasik. Tetapi pengeluaran berskala kecil seperti itu hanya sepadan dengan bingkai pengeluaran dan masyarakat yang nipis dan kuno. Di bawah kapitalisme, “pengeksploitasian petani hanya berbeza dalam bentuk dari pengeksploitasian proletariat perindustrian. Pihak pengeksploit adalah sama: kapital. Pihak kapitalis individu mengeksploitasi petani individu melalui gadai janji dan peminjaman wang; kelas kapitalis mengeksploitasi kelas petani melalui cukai-cukai kerajaan” (The Class Struggles in France). “Permilikan kecil para petani kini hanyalah alasan yang membenarkan pihak kapitalis untuk menarik keuntungan, kadar faedah dan sewa dari tanah, sambil membiarkannya kepada pekerja tanah sendiri untuk melihat bagaimana dia dapat mencari gajinya” (The Eighteenth of Brumaire). Sebagai hukum, para petani mengalah kepada masyarakat kapitalis, iaitu, kepada kelas kapitalis, malah sebahagian daripada gaji, sambil tenggelam “kepada tahap petani Ireland – semuanya di bawah alasan menjadi seorang usahawan swasta” (The Class Struggles in France). Apakah “satu daripada sebab mengapa harga gandum adalah lebih rendah di negara-negara dengan perniagaan tanah petani kecil daripada di negara-negara dengan cara pengeluaran kapitalis?” (Capital, Jilid III, muka surat 340). Ia adalah kerana petani memberikan dengan percuma kepada masyarakat (iaitu, kelas kapitalis) sebahagian daripada hasil lebihnya. “Harga lebih rendah ini [bagi gandum dan hasil pertanian yang lain] adalah hasil daripada kemiskinan pengeluar dan sama sekali bukannya kerana produktiviti mereka” (Capital, Jilid III, muka surat 340). Di bawah kapitalisme, sistem permilikan kecil-kecilan, yang adalah bentuk biasa pengeluaran berskala kecil, merosot, tumbang, dan meninggal dunia. “Permilikan bidang-bidang tanah, oleh kerana sifatnya, mengecualikan perkembangan kuasa-kuasa produktif sosial bagi tenaga pekerja, pemusatan sosial kapital, penternakan lembu berskala besar, dan pengamalan sains secara progresif. Peminjaman wang dan sistem pencukaian mesti melaratkannya di mana-mana. Pembiayaan kapital dalam harga tanah menyerap kapital ini dari pertanian. Pembahagian tanpa henti cara-cara pengeluaran, dan pemulauan pengeluar-pengeluar sendiri.” (Masyarakat-masyarakat koperatif, iaitu pertubuhan-pertubuhan petani kecil, sambil memainkan peranan borjuasi yang sangat progresif, hanya melemahkan aliran ini, tanpa menghapuskannya; ia juga tidak patut dilupai bahawa masyarakat-masyarakat koperatif ini banyak membantu petani kaya, dan hanya sedikit – lebih dekat dengan tidak apa-apa – bagi golongan petani miskin; kemudian pertubuhan-pertubuhan itu sendiri menjadi pengeksploitasi tenaga pekerja bergaji.) “Pembaziran gergasi tenaga manusia. Kebinasaan progresif keadaan-keadaan pengeluaran dan peningkatan harga cara-cara pengeluaran – hukum permilikan bahagian-bahagian yang tidak dapat dielakkan.” Dalam pertanian, seperti dalam industri, kapitalism mengubah proses pengeluaran hanya pada harga “syahid pengeluar.” “Penyebaran pemburuh-pemburuh desa ke kawasan-kawasan yang luas mematahkan kuasa tentangan mereka, sambil pemusatan meningkatkan kuasa operatif-operatif bandar. Dalam pertanian moden, seperti dalam industri-industri moden, peningkatan sifat produktif dan kuantiti tenaga pekerja dalam gerakan dibawa pada kos pembaziran dan penyakitan kuasa tenaga pekerja sendiri. Lebih-lebih lagi, segala kemajuan dalam pertanian kapitalistik adalah kemajuan seni itu, bukan sahaja merompak dari pihak pekerja, tetapi merompak tanah… Pengeluaran kapitalis, maka, memajukan teknologi, dan menggabungkan pelbagai proses ke dalam keseluruhan sosial, hanya dengan menyerap punca-punca asas segala kekayaan – tanah dan pekerja” (Capital, Jilid I, hujung Bab 13).


SOSIALISME

Dari yang di atas, ia adalah jelas bahawa Marx menyimpulkan sifat tidak dapat dielakkan perubahan masyarakat kapitalis menjadi masyarakat sosialis sepenuhnya dan secara eksklusif dari hukum ekonomi kemajuan masyarakat mutakhir. Sosialisasi tenaga pekerja, yang berkembang dengan semakin pesat dalam seribu bentuk dan telah menonjolkan diri dengan jelas sekali, semasa setengah abad sejak peninggalan dunia Marx, dalam pertumbuhan pengeluaran berskala besar, kartel-kartel kapitalis, sindikat-sindikat dan dana-dana, serta dalam peningkatan besar dimensi dan kekuasaan kapital kewangan, memberikan bahan dasar asas bagi kedatangan sosialisme yang tidak dapat dielakkan. Kuasa motif intelek dan moral serta penguasa fizikal perubahan ini adalah kaum proletariat, yang telah dilatih oleh kapitalisme sendiri. Perjuangan proletariat menentang pihak borjuasi, yang menemui perluahan dalam pelbagai bentuk yang sangat kaya dalam kandungan, secara tidak dapat dielakkan menjadi perjuangan politik demi rampasan kuasa politik oleh proletariat (“pemerintahan diktator oleh proletariat”). Sosialisasi pengeluaran sudah pasti membawa cara-cara pengeluaran menjadi harta milik masyarakat, kepada “pengeksploitasian pengeksploit.” Peningkatan pesat dalam produktiviti tenaga pekerja, hari bekerja yang lebih pendek, dan penggantian pengeluaran sisa, binasa, skala kecil, kuno dan tidak bersatu oleh tenaga pekerja kolektif dan maju – begitulah kesan-kesan terus-menerus perubahan ini. Kapitalisme menghancurkan buat selama-lamanya hubungan di antara pertanian dan industri, tetapi pada masa yang sama, melalui kemajuan tertinggi, ia menyediakan unsur-unsur baru baru hubungan tersebut, persatuan di antara industri dan pertanian berdasarkan pengalaman sedar sains dan pemusatan tenaga pekerja kolektif, dan pada pengagihan semula umat manusia (maka mengakhiri kemunduran desa, pemulauan dan keliaran, dan kepada pemusatan tidak semulajadi penduduk yang begitu ramai di bandar-bandar besar). Sejenis keluarga baru, keadaan-keadaan baru dalam keadaan kaum perempuan dan pembesaran generasi muda disediakan oleh bentuk-bentuk tertinggi kapitalisme masa kini: tenaga pekerja perempuan dan kanak-kanak, dan penghancuran keluarga patriarki oleh kapitalisme sememangnya mengambil bentuk-bentuk yang paling zalim, membinasakan dan menjijikkan dalam masyarakat moden. Namun demikian, “industri moden, dengan mengagihkan seperti itu, sebahagian penting dalam proses pengeluaran yang diatur secara sosial, di luar sfera rumahtangga, kepada kaum perempuan, kepada golongan muda, dan kepada kanak-kanak dari kedua-dua jantina, mewujudkan dasar ekonomi baru bagi bentuk keluarga dan hubungan di antara jantina yang lebih tinggi. Ia adalah, sememangnya, melucukan untuk memegang bentuk keluarga Teutonik-Kristian sebagai yang mutlak dan terakhir sebagaimana ia adalah untuk mengamalkan sifat itu kepada bentuk-bentuk Roman, Greece kuno atau Timur, yang, lebih-lebih lagi, diambil bersama membentukkan siri perkembangan bersejarah. Lebih-lebih lagi, ia adalah jelas bahawa fakta kumpulan bekerja kolektif yang terdiri daripada individu-individu dari kedua-dua jantina dan setiap umum, semestinya, di bawah keadaan-keadaan tepat, menjadi sumber kemajuan berperikemanusiaan; walaupun dalam bentuk yang diutarakan secara spontan, zalim, kapitalistik, di mana para pekerja wujud bagi proses pengeluaran, fakta itu adalah punca menular korupse dan penghambaan” (Capital, Jilid I, hujung Bab 13). Sistem perkilangan mengandungi “tunas pendidikan masa depan, sesuatu pendidikan yang akan, dalam kes setiap kanak-kanak yang melebihi umur tertentu, menggabungkan tenaga pekerja produktif dengan ajaran dan jimnasitik, bukan sahaja sebagai cara-cara untuk menambahkan kepada kemantapan pengeluaran sosial, tetapi juga sebagai cara tunggal untuk menghasil umat manusia yang maju sepenuhnya” (Capital, Jilid I, hujung Bab 13). Sosialisme Marx meletakkan masalah-masalah kewarganegaraan dan kerajaan pada pendirian bersejarah sama, bukan sahaja dari segi menjelaskan masa lalu tetapi juga dari segi ramalan berani mengenai masa depan dan tindakan pengalaman berani bagi pencapaiannya. Negara-negara adalah hasil yang tidak dapat dielakkan, bentuk yang tidak dapat dielakkan, dalam zaman perkembangan sosial borjuasi. Kelas pekerja tidak dapat menjadi kuat, menjadi matang dan mengambil bentuk tanpa “mendirikan dirinya dalam negara,” tanpa menjadi “nasional” (“walaupun bukan dari segi borjuasi perkataan tersebut”). Namun, perkembangan kapitalisme menghancurkan sempadan kebangsaan, dan menggantikan percanggahan-percanggahan kebangsaan dengan percanggahan-percanggahan kelas. Maka, ia adalah sangat benar mengenai negara-negara kapitalis maju bahawa “kaum pekerja tidak mempunyai negara” dan bahawa “tindakan bersatu” oleh para pekerja, dari negara-negara bertamadun sekurang-kurangnya, “adalah salah satu keadaan pertama bagi pembebasan proletariat” (Communist Manifesto[xxiii]). Kerajaan, yang merupakan pemaksaan tersusun, dengan tidak dapat dielakkan diwujudkan pada tahap tertentu perkembangan masyarakat, apabila masyarakat itu telah berpisah menjadi kelas-kelas bermusuh, dan tidak dapat wujud tanpa ‘pihak pemerintah’ berdiri di atas masyarakat, dan pada tahap tertentu terpisah daripada masyarakat. Bangkit dari percanggahan-percanggahan kelas, kerajaan menjadi “… kerajaan kelas yang paling berkuasa, kuat secara ekonomi, yang, melalui medium kerajaan, juga menjadi kelas politik berkuasa, dan maka mendapat cara-cara baru untuk menindas dan mengeksploitasi kelas yang ditindas. Maka, kerajaan zaman kuno paling sekali merupakan kerajaan pemilik-pemilik hamba demi penindasan hamba, sebagaimana kerajaan feudal merupakan organ bangsawan untuk menindas petani serf dan kaum ikatan, dan kerajaan perwakilan moden adalah alat untuk pengeksploitasian tenaga pekerja bergaji oleh kapital” (Engels, The Origin of the Family, Private Property and the State, karya di mana penulisnya meluahkan pandangannya dan juga Marx).[xxiv] Malah republik demokratik, bentuk kerajaan borjuasi yang paling bebas dan paling progresif, tidak menghapuskan fakta ini dalam mana-mana cara, tetapi hanya mengubahsuaikan bentuknya (hubungan-hubungan di antara kerajaan dan pertukuran stok, korupse – secara langsung dan tidak langsung – pihak pegawai dan akhbar, dan sebagainya). Dengan membawa pembasmian kelas-kelas, sosialisme akan membawa pembasmian kerajaan juga. “Tindakan pertama,” Engels menulis dalam Anti-Dühring, “dengan mana kerajaan sebenarnya membangunkan dirinya sebagi wakil masyarakat secara menyeluruh – rampasan cara-cara pengeluaran dalam nama masyarakat – adalah, pada masa yang sama, tindakan bebas terakhirnya sebagai kerajaan. Campur tangan kerajaan dalam hubungan-hubungan sosial menjadi tidak diperkukan dalam satu sfera demi sfera yang lain, dan kemudiannya berakhir sendiri. Kerajaan orang-orang tertentu digantikan oleh pentadbiran benda dan melalui arahan proses-proses pengeluaran. Kerajaan tidak ‘dibasmikan,’ ia menjadi layu.” “Masyarakat yang akan mengatur pengeluaran pada dasar sesuatu persatuan pengeluar bebas dan sama rata akan meletakkan seluruh jentera kerajaan di mana ia perlu diletakkan: di dalam Muzium Barang Purba, di sebelah roda penenun dan kapak gangsa” (Engels, The Origin of the Family, Private Property and the State).[xxv]

Akhirnya, berkenaan dengan sikap sosialisme Marx kepada pihak petani kecil-kecilan, yang akan terus wujud pada masa pengeksploitasian pengeksploit, kita perlu merujuk kepada deklarasi yang dibuat oleh Engels, yang meluahkan padangan Marx: “… apabila kita memiliki kuasa kerajaan, kita tidak akan berfikir pun untuk mengeksploitasi dengan pemaksaan pihak petani kecil-kecilan (biarpun dengan ganti rugi atau tidak), seperti yang kita perlu lakukan dalam kes pemilik-pemilik tanah besar. Tugas kami berkenaan dengan petani-petani kecil terdiri daripada, dalam tempat pertama, memulakan peralihan usaha swasta dan harta swasta-nya menjadi usaha dan harta koperatif, bukan dengan pemaksaan tetapi dengan cara percontohan dan pemberian bantuan sosial demi tujuan ini. Dan kemudian, sememangnya, kita akan mempunyai cara-cara yang mencukupi untuk menunjukkan kepada petani kecil kebaikan-kebaikan prospektif yang sudah pasti jelas kepadanya malah pada hari ini”[xxvi] (Engels, The Peasant Question in France and Germany, muka surat 17, diterbitkan oleh Alexeyeva: terdapat kesilapan dalam penerjemahan Bahasa Rusia. Yang asal dalam Die Neue Zeit[xxvii]).


TAKTIK PERJUANGAN KELAS OLEH PROLETARIAT

Selepas mengkaji, seawal tahun 1844-1845, salah satu kelemahan utama materialisme awal, iaitu, ketidak-mampuannya untuk memahami keadaan-keadaan atau menghargai kepentingan aktiviti revolusioner praktis, Marx, bersama dengan usaha teorinya, memberikan perhatian tekun, sepanjang hayatnya, kepada masalah-masalah taktik perjuangan kelas proletariat. Jumlah bahan-bahan besar yang menangani ini terkandung dalam setiap karya Marx, terutamanya dalam empat jilid persuratannya dengan Engels, diterbitkan pada tahun 1913. Bahan ini masih belum dibawa bersama, dikumpulkan, dikaji dan dipelajari. Maka, kita terpaksa menghadkan diri kita di sini kepada ulasan yang paling umum dan ringkas, memberi perhatian kepada pendapat tepat Marx bahawa, tanpa aspek ini, materialisme adalah tidak sempurna, berat sebelah, dan tidak hidup. Tugas asas taktik proletariat dihuraikan oleh Marx dengan ketepatan tegas dengan setiap bukti Weltanschauung dialektik-materialis. Hanya pertimbangan objektif mengenai jumlah keseluruhan hubungan-hubungan di antara kesemya kelas dalam sesuatu masyarakat, dan akibatnya pertimbangan mengenai tahap objektif perkembangan yang dicapai oleh masyarakat itu dan mengenai hubungan-hubungan di antaranya dan masyarakat-masyarakat yang lain, dapat digunakan sebagai dasar bagi taktik betul sebuah kelas yang maju. Pada masa yang sama, setiap kelas dan setiap negara dianggap, bukan secara statik, tetapi secara dinamik, iaitu bukan dalam keadaan tidak bergerak, tetapi dalam gerakan (di mana hukum-hukumnya ditentukan oleh keadaan-keadaan kewujudan ekonomi setiap kelas). Gerakan, dalam gilirannya, dianggap dari pendirian, bukan sahaja bagi masa yang lalu, bahkan juga masa depan, dan itu bukannya dari segi kasar yang difahami oleh pihak ‘evolusionis,’ yang melihat hanya perubahan-perubahan perlahan-lahan, tetapi secara dialektik: “… dalam perkembangan magnitud seperti itu, dua puluh tahun adalah tidak lebih daripada sehari,” Marx menulis kepada Engels, “walaupun kemudian mungkin datangnya hari-hari di mana dua puluh tahun terkandung dalamnya” (Briefwechsel, Jilid 3, muka surat 127). Pada setiap tahap perkembangan, pada setiap ketika, taktik proletariat mesti mengambil kira secara objektif dialektik sejarah manusia yang tidak dapat dielakkan ini, dalam satu tangan, menggunakan zaman-zaman kebantutan politik atau perkembangan ‘damai’ perlahan-lahan untuk memperkembangan kesedaran kelas, kekuatan dan sikap militan kelas maju, dan, dalam tangan sebelah, mengarahkan setiap tugas penggunaan ini kepada “matlamat akhir” kemajuan kelas tersebut, menuju menciptakan di dalam kelas itu kemampuan untuk mencari penyelesaian-penyelesaian praktis bagi tugas-tugas pada hari-hari penting, di mana “dua puluh tahun terkandung dalamnya.” Dua daripada perdebatan Marx adalah penting dalam hubungan ini: salah satu daripada terkandung dalam The Poverty of Philosophy dan adalah berkenaan dengan perjuangan ekonomi dan pertubuhan-pertubuhan ekonomi kaum proletariat; yang satu adalah terkandung dalam Communist Manifesto dan adalah berkenaan dengan tugas-tugas politik kaum proletariat. Yang pertama adalah seperti berikut: “Industri berskala besar memusatkan di satu tempat perhi,punan orang yang tidak mengenali satu sama lain. Persaingan membahagikan kepentingan-kepentingan mereka. Tetapi pengekalan gaji, kepentingan bersama yang mereka mempunyai dalam tentangan kepada pihak majikan, menyatukan mereka dalam pemikiran perjuangan bersama – kesatuan… Kesatuan-kesatuan, pada mulanya terpulau, mulai mengasaskan diri mereka dalam kumpulan-kumpulan… dan sentiasa berhadapan dengan kapital bersatu, pengekalan kesatuan tersebut menjadi lebih penting bagi mereka [iaitu, para pekerja] daripada gaji… Dalam perjuangan ini – perang saudara nyata – segala unsur yang diperlukan untuk pertempuran akan datang menjadi bersatu dan berkembang. Apabila ia telah mencapai tahap ini, kesatuan mengambil sifat politik.” D sini, kita mempunyai rancangan dan taktik perjuangan ekonomi dan gerakan kesatuan pekerja untuk beberapa dekad akan datang, bagi masa lama apabila proletariat akan menyediakan kuasa-kuasanya bagi “pertempuran akan datang.” Semua ini patut dibandingkan dengan pelbagai rujukan oleh Marx dan Engels kepada contoh gerakan pekerja Britain, menunjukkan bagaimana ‘kebahagiaan’ perindustrian membawa percubaan-percubaan untuk “membeli kaum proletariat” (Briefwechsel, Jilid 1, muka surat 136), untuk memesongkan mereka daripada perjuangan; bagaimana kebahagiaan ini secara umum “memutuskan harapan pekerja” (Jilid 2, muka surat 218); bagaimana proletariat Britain menjadi “seperti borjuasi” – “negara yang paling bersifat borjuasi ini seolah-olah bermatlamat akhirnya untuk permilikan sesuatu bangsawan borjuasi dan proletariat borjuasi di samping borjuasi sendiri” (Jilid 2, muka surat 290); bagaimana “tenaga revolusioner” mengalir keluar (Jilid 3, muka surat 124); bagaimana ia akan menjadi keperluan untuk menunggu buat masa yang agak lama sebelum “pekerja Britain akan membebaskan diri mereka daripada penyakit borjuasi mereka” (Jilid 3, muka surat 127); bagaimana gerakan pekerja Britain “kekurangan kekuatan pihak Cartis” (1866; Jilid 3, muka surat 305); bagaimana pemimpin-pemimpin gerakan pekerja Britain sedang menjadi sejenis pengantara di antara “borjuasi radikal dan seorang pekerja” (rujukan kepada Holyoak, Jilid 4, muka surat 209); bagaimana, oleh kerana monopoli Britain, dan selagi monopoli itu kekal, “pekerja Britain tidak akan bergerak” (Jilid 4, muka surat 433). Taktik perjuangan ekonomi, dalam hubungan dengan liran umum (dan hasil) gerakan kelas pekerja, dipertimbangkan di sini dari pendirian yang sangat luas, menyeluruh, dialektik dan revolusioner sejati.

Communist Manifesto mengajukan prinsip Marxsis asas mengenai taktik perjuangan politik: “Kaum Komunis berjuang untuk pencapaian matlamat-matlamat jangka masa pendek, untuk pelaksanaan kepentingan-kepentingan sementara kelas pekerja; tetapi dalam gerakan pada masa ini, mereka juga mewakili dan menjaga masa depan gerakan tersebut.”[xxviii] Itulah mengapa, pada tahun 1848, Marx menyokong parti “revolusi pertanian” di Poland, “parti itu yang membawa pemberontakan Cracow pada tahun 1846.”[xxix] Di Jerman, Marx, pada tahun 1848 dan 1849, menyokong pihak demokrat revolusioner melampau, dan kemudiannya tidak pernag menarik balik apa yang dikatakannya mengenai taktik. Dia menganggap borjuasi Jerman sebagai sesuatu unsur yang “bersandar dari mula-mula untuk menganiayai rakyat” (hanya persekutuan dengan kaum petani dapat membolehkan borjuasi mencapai sepenuhnya matlamat-matlamat mereka) “dan membuat perjanjian dengan wakil-wakil bermakhota dari masyarakat lama.” Inilah kesimpulan Marx mengenai kedudukan kelas borjuasi Jerman pada masa revolusi demokratik-borjuasi – sesuatu kajian yang, secara kebetulan, adalah contoh sejenis materialisme yang mengkaji masyarakat dalam gerakan, dan, lebih-lebih lagi, bukan sahaja dari aspek sesuatu gerakan yang mundur: “Tanpa kepercayaan sendiri, tanpa kepercayaan dalam rakyat, merungut mengenai mereka yang di atas, bergegar di hapan mereka yang di bawah… ditakuti oleh ribut dunia… tidak bertenaga dari mana-mana segi, penciplakan dari setiap segi… tanpa ilham… seorang lelaki tua hodoh yang melihat dirinya disumpah memimpin dan membias naluri-naluri muda pertama sesuatu rakyat kuat dalam kepentingan-kepentingan gilanya sendiri…” (Neue Rheinische Zeitung, 1848; lihat Literarischer Nachlass, Jilid 3, muka surat 212).[xxx] Hampir dua puluh tahun selepas itu, Marx mengumumkan, dalam surat kepada Engels (Briefwechsel, Jilid 3, muka surat 224), bahawa Revolusi 1848 telah gagal kerana borjuasi lebih menyukai kedamaian dengan penghambaan daripada harapan perjuangan demi kemerdekaan. Apabila zaman revolusioner 1848-1849 berakjir, Marx menentang mana-mana percubaan untuk bermain dengan revolusi (perjuangannya menentang Schapper dan Willich), dan mendesak kemampuan untuk berusaha dalam fasa baru, yang dalam cara separuh ‘damai’ sedang menyediakan revolusi-revolusi baru. Semangat dalam mana Marx menginginkan usaha ini dilaksanakan adalah dilihat dalam kajiannya mengenai keadaan di Jerman pada tahun 1856, masa reaksi yang paling gelap: “Seluruh benda itu di Jerman akan bergantung kepada kemungkinan menyokong revolusi proletariat melalui sesuatu edisi kedua Perang Petani” (Briefwechsel, Jilid 2, muka surat 108). Sambil revolusi demokratik (borjuasi) di Jerman masih belum disempurnakan, Marx menumpukan perhatian, dalam taktik proletariat sosialis, pada usaha memajukan tenaga demokratik kaum petani. Dia berpendapat bahawa sikap Lassalle merupakan “secara objektif… penganiayaan seluruh gerakan pekerja kepada Prusia” (Jilid 3, muka surat 210), secara kebetulan kerana Lassalle menerima nasionalisme Junker dan Prusia. “Dalam sebuah negara yang sedikit sebanyak adalah bersifat pertanian,” Engels menulis pada tahun 1865, dalam berkongsi pendapat dengan Marx mengenai deklarasi bersama mereka dalam akhbar, “… ia adalah bersikap penakut untuk membuat serangan eksklusif pada borjuasi dalam nama proletariat perindustrian tetapi tidak meluangkan kata-kata mengenai pengeksploitasian patriarki proletariat desa di bawah cambuk bangsawan feudal besar” (Jilid 3, muka surat 217). Dari tahun 1864 sehingga 1870, apabila zaman pengukuhan revolusi demokratik-borjuasi di Jerman sedang berakhir, sesuatu zaman di mana kelas-kelas pengeksploitasi Prusia dan Austria sedang berjuang untuk menyempurnakan revolusi itu dalam satu cara atau cara yang lain dari atas, Marx bukan sahaja mengutuk Lassalle, yang sedang berkeletah dengan Bismarck, tetapi juga membetulkan Liebknecht, yang telah terjerumus ke dalam ‘Austrofilisme’ dan pertanan pengkhususan; Marx menuntut taktik revolusioner yang akan menentang dengan sama kekuataan Bismarck dan juga pihak Austrofilisme, taktik yang tidak akan diubahsuai kepada pihak yang ‘berjaya’ – Junker Prusia[xxxi] - tetapi akan memperbaharui dengan segera perjuangan revolusioner menentangnya walaupun keadaan-keadaan yang diciptakan oleh kejayaan-kejayaan tentera Prusia (Briefwechsel, Jilid 3, muka surat 134, 136, 147, 179, 204, 210, 215, 418, 437, 440-441). Dalam Ucapan Kepada Internasional pada 9hb September, 1870, yang terkenal, Marx memberi amaran kepada proletariat Perancis mengenai pemberontakan yang tidak tepat masanya, tetapi apabila pemberontakan tersebut berlaku (tahun 1871), Marx dengan bersemangat melaungkan ilham revolusioner rakyat, yang sedang “menyerang syurga” (surat Marx kepada Kugelmann).[xxxii] Dari pendirian materialisme dialektik Marx, kekalahan tindakan revolusioner dalam keadaan tersebut, seperti dalam pelbagai keadaan yang lain, merupakan dosa yang kurang, dalam aliran umum dan hasil perjuangan proletariat, daripada pengabaian kedudukan yang sudah dicapai, daripada pengunduran diri tanpa pertempuran. Pengunduran diri seperti itu akan melemahkan proletariat dan melehakan sikap militan-nya. Sambil menghargai sepenuhnya cara-cara perjuangan perundangan pada masa kebantutan politik dan penguasaan perundangan borjuasi, Marx, pada tahun 1877 dan 1878, berikuatan perlulusan Undang-Undang Anti-Sosialis,[xxxiii] mengutuk dengan tajam “ungkapan-ungkapan revolusioner” Most; tidak kurang tajamnya, jika bukan lebih tajam lagi, dia menyerang pengambilan kesempatan yang telah buat seketika menyelubungi Parti Demokrasi Sosial, yang tidak dengan segera menunjukkan kekukuhan, kekuatan, semangat revolusioner dan kesediaan untuk menggunakan perjuangan haram dalm balasan kepada Undang-Undang Anti-Sosialis (Briehwechsel, Jilid 4, muka surat 397, 4040, 418, 422, 424; rujuk juga surat-surat kepada Sorge).
Nota Penerjemah

Kebanyakan nota ini adalah mengikut nota penerbit yang terkandung dalam V. I. Lenin, Marx, Engels, Marxism, Edisi Ketujuh (Penerbit Progress, Moskow, 1965). Beberapa nota sampingan oleh penerjemah telah ditambah untuk membantu penjelasan ungkapan-ungkapan tertentu.

[i] Pada akhir rencana ini, yang ditulis bagi Kamus Granat Encyclopaedic pada tahun 1914, Lenin mengulas karya-karya Marx dan Engels dan buku-buku mengenai Marxsisme. Ulasan ini tidak diterbitkan di sini.

[ii] Rujukan ini adalah kepada rencana Marx, ‘Justification of the Mosel Correspondent.’

[iii] K. Marx, Critique of the Hegelian Philosophy of Right. Introduction.

[iv] Liga Komunis – pertubuhan proletariat revolusioner antarabangsa pertama yang diasaskan pada musim panas tahun 1847 di London. Pemimpinnya merupakan Marx dan Engels, yang menulis Manifesto Parti Komunis mengikut saranan Liga. Liga tersebut bertujuan untuk menumbangkan pihak borjuasi, membasmikan masyarakat borjuasi lama dengan percanggahan-percanggahan kelasnya, dan mendiri masyarakat baru tanpa kelas-kelas dan harta swasta.

Dalam kewujudan sehingga November 1852, ia memainkan peranan penting sebagai pusat latihan bagi pihak proletariat revolusioner, sebagai embrio parti proletariat dan sebagai pendahulu Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (Internasional Pertama). Sejarah dikaji dalam rencana Engels, ‘On the History of the Communist League’ (Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 338-357).

[v] Revolusi Perancis borjuasi pada bulan Februari 1848.

[vi] Revolusi borjuasi di Jerman dan Austria, yang bermula pada bulan Mac 1848.

[vii] Demonstrasi popular yang dianjurkan di Paris oleh Parti Gunung borjuasi kecil dalam pemberontakan terhadap pengasingan Perlembagaan tahun 1848 oleh Presiden Republik Perancis dan majoriti Majlis Perundangan. Penunjuk-penunjuk rasa tersebut dihalau.

[viii] Risalah Marx, Herr Vogt, ditulis sebagai balasan kepada ‘My Case Against Allgemeine Zeitung,’ iaitu utusan silap oleh ejen Bonapartis, K. Vogt.

[ix] Inaugural Address of the International Working Men’s Association.

[x] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 369-370, 371.

[xi] F. Engels, Anti-Dühring, Moskow, 1954, muka surat 158, 162, 179-180.

[xii] F. Engels, Ludwig Feuerbach and the End of Classical German Philosophy (Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, muka surat 363, 387-388).

[xiii] F. Engels, Anti-Dühring, Moskow, 1954, muka surat 40.

[xiv] F. Engels, Ludwig Feuerbach and the End of Classical German Philosophy (Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 376).

[xv] Zaman Pemulihan, iaitu zaman dalam sejarah Perancis (tahun 1814-1830) apabila dinasti Bourbon, ditumbangkan oleh revolusi borjuasi Perancis pada tahun 1792, dipulihkan kepada kekuasaan.

[xvi] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 33-36, 43-45.

[xvii] Dalam Bahasa Inggeris, diterjemahkan sebagai use-value.

[xviii] Dalam Bahasa Inggeris, diterjemahkan sebagai socially necessary.

[xix] K. Marx, Capital, Jilid I, Moskow, 1959, muka surat 74.

[xx] K. Marx, Capital, Jilid I, Moskow, 1959, muka surat 36-38.

[xxi] K. Marx, Capital, Jilid I, Moskow, 1959, muka surat 167.

[xxii] Teori kegunaan sampingan diajukan oleh sekolah Austria pada akhir abad kesembilan-belas dalam tentangan kepada teori nilai tenaga pekerja Marxsis. Sekolah Austria mengajukan pelbagai ekonomi politik kasar, tetapi bertentangan dengan wakil-wakil lain, ia menentukan nilai komoditi bukan hanya dengan kegunaannya tetapi juga dengan kegunaan unit terakhir (sampingan) stok memenuhi keperluan-keperluan yang tidak penting. Teori kegunaan sampingan, seperti segala cabang ekonomi dan falsafah sekolah Austria yang lain, digunakan sebagai cara untuk mengetepikan persoalan mengenai sifat sebenar pengeksploitasian kapitalis.

[xxiii] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 51.

[xxiv] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 320.

[xxv] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 322.

[xxvi] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 433.

[xxvii] Die Neue Zeit (Masa Baru), iaitu jurnal teori Parti Demokrasi Sosial Jerman yang diterbirkan di Stuttgart dari tahun 1883 sehingga 1923. Penyuntingnya merupakan Kautsky, yang digantikan oleh Cunow pada bulan Oktober 1917. Ia merupakan jurnal pertama untuk menerbitkan beberapa karya Marx dan Engels. Engels menasihati penyunting-penyunting tersebut dalam usaha mereka, dan seringkali mengkritik mereka kerana pemesongan dari Marxsisme.

Selepas peninggalan dunia Engels pada tahun 1895, jurnal tersebut mengamalkan penerbitkan rencana-rencana revisionis, termasuk Problems of Socialism, iaitu siri rencana oleh Berstein, lalu memulakan perang sahib revisionis menentang Marxsisme. Semasa Perang Dunia Pertama, jurnal tersebut mengikuti garisan sentris, lalu memberikan sokongan kepada cauvinis sosial.

[xxviii] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 64.

[xxix] Kebangkitan kemerdekaan kebangsaan demokratik di Republik Cracow; yang dari tahun 1815 dikuasai bersama oleh Austria, Prusia dan Rusia. Pihak pemberontak mendirikan sebuah Kerajaan Kebangsaan, yang menerbitkan sebuah manifesto yang mengutuk perkhidmatan feudal dan menjanjikan pemulangan tanah kepada kaum petani tanpa syarat. Dalam manifesto-manifesto lain, ia mengumumkan pengasasan bengkel-bengkel kebangsaan dengan kadar gaji yang lebih tinggi dan pengenalan taraf sama rata bagi setiap rakyatnya. Tidak lama kemudian, pemberontakan tersebut dihancurkan.

[xxx] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid I, muka surat 69.

[xxxi] Junker – pemilik tanah bangsawan Prusia.

[xxxii] Marx dan Engels, Selected Works, Moskow, 1962, Jilid II, muka surat 463.

[xxxiii] Undang-Undang Anti-Sosialis diluluskan oleh Kerajaan Bismarck pada tahun 1878 untuk menyerang gerakan kelas pekerja dan sosialis. Ia mengharamkan kesemua pertubuhan Demokrasi Sosial dan Buruh, serta akhbar kelas pekerja; kesusasteraan sosialis dirampas, dan pihak Demokrasi Sosial didakwa dan dibuang negara.

Pada tahun 1890, di bawah tekanan dari gerakan kelas pekerja luas yang sedang bertumbuh, undang-undang itu ditarik balik.

Tidak ada komentar: